Kekal Istiqamah Laksanaka Amal Ibadah Menjelang Aidilfitri – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengajak seluruh umat Islam di negara ini untuk terus kekal istiqamah melaksanakan amal ibadah menjelang Aidilfitri yang akan disambut nanti.

Menurut beliau dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini, masing-masing bukan sahaja perlu istiqamah malah terus meningkatkan ibadah lain selain berpuasa dalam usaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt.

“Saya ingin ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim dan muslimat, khasnya di Negeri Pahang, serta di seluruh negara. Saya harap amal ibadat kita sepanjang puasa ni diterima oleh Allah SWT.

“Dan saya ingin berpesan kepada diri saya, rakan-rakan dan semua supaya kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang baik ni. Dan mudah-mudahan amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu beliau menyeru kepada anak-anak perantau agar berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama dengan ahli keluarga tersayang yang lain.

“Dalam keadaan serta suasana menyambut aidilfitri yang bakal tiba, masing-masing yang ingin pulang ke kampung halaman atau pun berhari raya bersama sanak saudara nanti, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Amal Zahir Dan Batin,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit