Aidilfitri: Tingkatkan Perpaduan, Hulurkan Bantuan – Jeffery Nor
KOTA KINABALU, 30 Mac – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed, mengucapkan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sempena bulan Ramadan yang hampir berakhir dan Syawal yang bakal tiba.
Beliau berkata, “Syawal semakin menghampiri kita, dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dalam pergaulan sepanjang tahun ini.”
Jeffery turut mengajak semua pihak untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan keharmonian, serta menjaga perpaduan di kalangan masyarakat.
“Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan dan kebaikan kepada kita semua, dan kita terus bersama-sama membangun negeri Sabah ke arah yang lebih gemilang,” tambahnya.
Sebelum itu Jeffery Nor telah mengambil inisiatif menghantar sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk di Kampung Contoh, sebagai tanda keprihatinannya.
Beliau juga meluangkan masa meninjau rumah Jamatin yang dalam keadaan roboh dan bertemu dengan ahli keluarganya.
Sebagai sebahagian daripada usaha meringankan beban keluarga tersebut, Jeffery Nor memberikan sedikit sumbangan kepada mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut.
“Kami ingin memastikan mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa, dan sumbangan ini diharap dapat untuk meringankan sedikit beban mereka,” katanya.
Di samping itu, Jeffery turut memberi tongkat kaki kepada ibu Puan Fatma dan Ketua Cawangan Kampung Contoh, Saparin, bagi memudahkan pergerakan mereka semasa perayaan.
“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan mereka, terutamanya ketika menyambut Aidilfitri nanti,” tambah Jeffery lagi. – UMNO Online