Sampaikan Sumbangan Dan Bantuan

KOTA TINGGI 27 Mac–Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sumbangan dan bantuan kepada seramai 147 peniaga Bazar Aidilfitri dalam Daerah Kota Tinggi.
Minggu lepas, sebahagian kawasan di Kota Tinggi telah mengalami bencana banjir akibat fenomena Monsun Timur Laut gelombang ke-5. Bencana tersebut melibatkan golongan masyarakat termasuklah para peniaga Bazar Aidilfitri.