Aidilfitri: Pastikan Kediaman Selamat Sebelum Keluar, Pulang Beraya

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berpesan kepada mereka yang bakal pulang ke kampung berhari raya untuk memeriksa keselamatan harta benda dan kediaman.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata aspek tersebut perlu dititikberatkan bagi mengelak risiko yang tidak diingini berlaku.

“Kepada anda yang akan meninggalkan rumah untuk keluar balik kampung atau keluar ke mana-mana untuk beraya saya sarankan bahawa kunci rumah dengan baik-baik.

“Pastikan sebelum kita tinggalkan rumah keadaan rumah dikawal supaya tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Tengku Adnan dalam pada itu berharap umat Islam meraikan sambutan Aidilfitri dengan sebaiknya bersama keluarga.

Menurut beliau ini kerana, sambutan ini sebagai medan merapatkan ukhuwah di sebalik kesibukan menjalani kehidupan seharian.

“Semoga anda semua meraikan Aidilfitri ini dengan keadaan yang selesa, baik dan juga dengan keadaan mengukuhkan hubungan silaturahim.

“Kita sedar bahawa pelbagai masalah dalam kehidupan tapi saya percaya dengan kegigihan anda sekalian bersama-sama bersatu hati dan berganding bahu mencapai apa yang diinginkan dan insya-Allah kita akan mencapai sebuah negara yang aman, sejati dan bersatu hati,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit