Pengumuman Pengagihan Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera 2024

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) bergambar selepas Majlis Pengumuman Pengagihan Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2024 hari ini.
Turut serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (dua, kanan) Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan, Mohd Yani Daud (dua, kiri) Pengerusi PERNAMA, Jen Tan Sri (Dr) Abdul Aziz Zainal (Bersara) (kanan) dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Mohammad Ashraf Md Radzi (kiri).