Bersama Warga Maritim Malaysia

KUANTAN 27 Mac–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berpeluang untuk bersama pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan menaiki Kapal Maritim Pekan yang sedang melaksanakan operasi OP KHAS PAGAR LAUT Bil 1/2025 bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan pencerobohan terutamanya di perairan Pahang menjelang sambutan Aidilfitri.
Operasi ini telah diaktifkan bermula pada 10 Mac sehingga 18 April 2025 melibatkan empat fasa utama iaitu pengumpulan maklumat dan kesiapsiagaan aset, penguatkuasaan sebelum dan selepas perayaan serta pemantauan berterusan melalui Post Exercise Debrief (PXD).

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit