Moreh UMNO Maran Satukan Masyarakat Dan Pemimpin
KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berbesar hati menganjurkan Moreh UMNO Maran peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul semalam.
Program ini berjaya menghimpunkan penduduk setempat yang hadir dengan penuh semangat untuk bertemu dan berbincang dalam suasana santai namun amat bermakna.
“Alhamdulillah, malam tadi program Moreh UMNO Maran peringkat DUN Kuala Sentul yang diadakan di Felda Ulu Jempol telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat!
“Terima kasih kepada semua ahli, wakil dan penyokong yang telah hadir serta memberikan sokongan padu.
“Suasana yang penuh inspirasi dan perpaduan jelas menggambarkan komitmen kita dalam meneruskan perjuangan UMNO demi kemajuan komuniti dan negeri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata pengalaman dan perkongsian ilmu yang disampaikan pastinya menjadi pendorong untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan berintegriti.
“Marilah kita bersama-sama mengukuhkan semangat perpaduan, menjunjung tinggi nilai murni, dan memastikan setiap usaha kita memberi impak positif kepada masyarakat.
Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Mukaram Shah dan kepimpinan lain. – UMNO Online