UMNO Beaufort Teruskan Bantuan Dari Rakyat Kepada Rakyat
BEAUFORT, 24 Mac – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat meneruskan usaha membantu masyarakat dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Penyu.
Di Kampung Kilugus, sumbangan berupa kerusi roda telah diserahkan kepada Puan Sania Karia yang disampaikan oleh Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilugus, Supian Masrah bersama Rahim Jasmin@Apol.
Sementara itu, di Kampung Jagus, rombongan turut menziarahi Suti Baha yang baru kehilangan anaknya. Sumbangan bagi meringankan beban beliau telah disampaikan oleh Encik Mahali bin Lakat, dengan kehadiran Puan Maimon binti Dollah dan Puan Robiah Adol.
Selain itu, mereka juga menziarahi Daud Bubin yang mengalami strok di kampung yang sama.
Ujar Awang Aslee, usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan, seiring dengan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat.
“Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban penerima dan memberi sokongan moral kepada mereka,” katanya kepada UMNO Online.
Beliau juga memaklumkan, bersempena bulan yang mulia, gerak kerja turut dilaksana dengan mengadakan Program Ziarah Ramadan ke masjid-masih di sini.
“Alhamdulillah, baru-baru ini selesai Program Ziarah Ramadan UMNO Bahagian Beaufort di Masjid Al Kauthar Kampung Tenambak.
“Terima Kasih Encik Rahmat Dilah, Pengerusi Masjid Al Kauthar serta jawatankuasanya serta Ketua PDM Tenambak, Norjana Saban bersama ahli jawatankuasanya kerana telah bersama menjayakan program ini.
“Semoga program ini akan mengeratkan ikatan silaturrahim antara kita disempena bulan yang mulia ini,” ujarnya lagi. – UMNO Online