Sharul Zaman Sampaikan Bantuan Kepada Asnaf Bagan Datuk
KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya telah menyampaikan bantuan kepada asnaf dan golongan yang tidak bernasib baik di Bagan Datuk.
Menerusi satu kenyataan beliau memaklumkan bahawa bantuan tersebut berupa bakul makanan yang telah disumbangkan oleh Kedutaan China.
Majlis sumbangan tersebut telah diadakan pada Sabtu bertempat di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk.
Dalam ucapan ringkas pada majlis tersebut, beliau berkata bahawa sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu para penerima sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Turut hadir semasa majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Kaunselor Kedutaan China, Shaoliang dan Setiausaha 1, Zuo Hongshen
Shaoliang berkata, mereka bertekad untuk meneruskan bantuan seperti ini pada setiap tahun untuk menandakan eratnya hubungan Malaysia-China di semua peringkat.
Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan itu dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada para penerima untuk menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi. – UMNO Online