Menyantuni Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Sementara SK Bukit Mutiara

JOHOR BAHRU 20 MAC Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Mutiara.
Keadaan banjir di Johor masih membimbangkan. Menurut laporan terkini, seramai 1,015 mangsa daripada 299 keluarga telah dipindahkan ke 11 PPS di tiga daerah yang terjejas, iaitu Johor Bahru, Kulai, dan Pontian.