Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yasin Dan Tahlil

ROMPIN 18 Mac–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat sempena Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yasin dan Tahlil Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar serta Perasmian Masjid Baharu Kampung Sungai Puteri, Rompin sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah serta Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan rosdy Wan Ismail.

ROMPIN 18 Mac–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan rosdy Wan menyerahkan sumbangan kepada Pusat Tahfiz yang terlibat dalam Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran, petang tadi pada Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yasin dan Tahlil Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar serta Perasmian Masjid Baharu Kampung Sungai Puteri, Rompin sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah serta Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit