PRK DUN Ayer Kuning: Mendepani Ujian Di Kubu Kuat BN
SURUHANJAYA Pilihanraya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak, akan diadakan pada 26 April 2025. Penamaan calon ditetapkan pada 12 April, manakala pengundian awal pada 22 April.
PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59 tahun, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang..
DUN Ayer Kuning, bersama-sama dengan DUN Chenderiang di Parlimen Tapah, telah lama menjadi kubu kukuh BN.
Dengan jumlah pengundi lebih 20,000 orang yang terdiri daripada kira-kira 55% pengundi Melayu, 25% pengundi India, 15% pengundi Cina dan 5% daripada kaum lain, hubungan erat antara parti dan masyarakat terbukti berkesan dalam memastikan kestabilan sokongan.
Ini pastinya hasil daripada usaha gigih jentera akar umbi UMNO, MIC, dan MCA parlimen Tapah yang sentiasa hadir di setiap peringkat masyarakat serta pelbagai inisiatif berterusan dalam membina hubungan rapat dengan komuniti.
Walaupun terdapat beberapa gelombang tsunami politik yang menggoncang landskap politik Malaysia, terutama di negeri Perak, BN di DUN Ayer Kuning masih kekal di dengan sejarah dominasi selama lapan penggal berturut-turut.
Selain itu, potensi pengaliran undi daripada Pakatan Harapan yang kini bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan turut memberi kelebihan strategik kepada BN, terutamanya daripada kalangan pengundi bukan Melayu yang lebih mementingkan kestabilan dan pembangunan.
Namun, kita tidak boleh berasa terlalu yakin sehingga segala pembolehubah dijaga.
Pertama, pengaruh Perikatan Nasional (PN) di kawasan luar bandar serta strategi media sosial lawan yang semakin agresif merupakan cabaran yang perlu diatasi dengan bijaksana.
Mobilisasi pengundi muda juga amat penting kerana mereka merupakan kelompok yang sangat peka terhadap isu kos sara hidup dan harapan kepada perubahan serta merupakan segmentasi pengundi terbesar.
Oleh itu, usaha untuk mengukuhkan kerja akar umbi, terutamanya melalui kehadiran aktif di setiap Pusat Daerah Mengundi, adalah kritikal untuk memastikan sokongan pengundi dapat dikekalkan.
Pemuda UMNO Perak telah paling awal menamakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Fahmi Ahmad Jakhisi sebagai calon Pemuda UMNO yang berpotensi untuk mewakili BN di PRK ini.
Fahmi, yang dilahirkan dan dibesarkan di DUN Ayer Kuning, memiliki kelebihan dari segi pemahaman mendalam terhadap isu-isu setempat.
Pengalaman beliau sebagai Pegawai Khas kepada ADUN Ayer Kuning serta kepimpinannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah selama dua penggal telah pastinya telah membuatkan beliau dekat dengan masyarakat di DUN Ayer Kuning.
Kejayaan pencalonan calon muda di kawasan seperti PRK DUN Nenggiri dan PRK DUN Mahkota juga menjadi inspirasi bahawa pendekatan ini mampu meningkatkan lagi peluang kemenangan kita.
Difahamkan juga, selain Fahmi ada 7 lagi nama yang dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN untuk di nilai sebagai calon mewakili Barisan Nasional di PRK kali ini.
Oleh kerana itu, perlu di ingat adalah amat penting bagi setiap ahli UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti. Tanpa komitmen dan kerjasama daripada setiap lapisan jentera parti, kejayaan calon pilihan kita tidak akan tercapai.
Kemenangan di Ayer Kuning bukan sahaja penting untuk mengekalkan legasi BN tetapi juga menyediakan asas kukuh untuk menghadapi cabaran PRN Sabah, PRN Melaka, PRN Johor serta PRU16 yang bakal datang.
Dengan semangat juang yang mendarah daging dalam setiap ahli UMNO dan komitmen bersama terhadap prinsip keutuhan parti, saya yakin kita mampu mengekalkan kerusi ampuh ini dan meneruskan perjuangan untuk masa depan yang lebih cerah bagi rakyat dan negara.
Salam Perjuangan.
๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐จ๐๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ก ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐๐ก ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ. ๐๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐จ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ ๐๐ช๐ณ๐ฐ ๐๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข. ๐๐ฌ๐ต๐ช๐ท๐ช๐ด ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ด ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ญ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฑ๐ฐ๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฌ, ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ฎ๐ฆ