UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Mantan Setiausaha Kerja, Datuk Mustafa Yassin
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mustafa Yassin, yang telah kembali ke rahmatullah petang ini.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang di Hospital Serdang.
Jenazahnya dijadualkan dibawa ke kediamannya di Balakong, Cheras untuk urusan pengebumian.
Datuk Mustafa Yassin pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia dari tahun 1996 hingga 1999.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. – UMNO Online