Program ‘Yok Moreh Bersama YB’ Satukan Masyarakat Dan Wakil Rakyat – Mohd Jafni

SENAI, 18 Mac – Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, telah berkesempatan mengadakan program “Yok Moreh Bersama YB: Sembang Santai, Suara Didengari” di Restoran Naseeb, di sini, semalam.

Ujarnya, program ini berjaya menghimpunkan lebih 60 orang penduduk setempat yang hadir dengan penuh semangat untuk bertemu dan berbincang dalam suasana santai namun tetapi amat bermakna.

“Suasana santai, tapi penuh makna, tiada protokol berat, hanya sembang dari hati ke hati.

Satu demi satu suara didengari. Suara mereka ini bukan sekadar didengari, tetapi bertanya, dan memberi solusi terus,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Kata Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai merangkap Ketua UMNO Bahagian Kulai, program seperti ini bukan sekadar minum teh, tetapi memberi ruang kepada rakyat untuk berkomunikasi secara langsung dengan wakil rakyat mereka.

“Hampir dua jam berbual, akhirnya sesi ditutup dengan satu janji, bukan sekadar mendengar, tapi bertindak dan pastinya, teh tarik semalam terasa lebih ‘manis’ kerana kehadiran semua yang sudi duduk bersama berkongsi maklumat dan isu setempat.”

“Terima kasih kepada semua yang hadir. Kehadiran anda semua memberikan ruang yang sangat penting untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kehidupan setempat. Program ini bukan hanya tentang berbual, tetapi tentang bertindak untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menekankan bahawa kesemua wakil rakyat perlu turun padang sebanyak mungkin untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat.

Ujar Mphd Jafni lagi, Program ‘Yok Moreh Bersama YB’ menjadi platform yang efektif bagi mendekatkan pemimpin dengan masyarakat. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit