Mempengerusikan Mesyurat

VIENNA 14 Mac– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said  mempengerusikan ‘The First meeting of the (Extended) Bureau of the Thirteenth Session of the Assembly of Parties International Anti-Corruption Academy (IACA)” pada 13 Mac 2025 selaku Presiden Assembly of Parties (AoP) International Anti-Corruption Academy (IACA) bagi sesi ke-13. Diberikan taklimat oleh Professor Slagjana Taseva, Dekan dan Setiausaha Eksekutif IACA dan mesyuarat juga turut membincangkan perihal perancangan dan persiapan bagi pengendalian Sesi ke-14 AoP yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini. Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah TYT En. Ikram Bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Austria merangkap wakil tetap Malaysia ke IACA serta beberapa pegawai tertinggi IACA, SPRM dan BHEUU, JPM

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit