Kunjungan Hormat Daripada Duta Besar Palestin ke Malaysia

PUTRAJAYA 13 Mac–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Palestin ke Malaysia TYT Walid Abu Ali di sini hari ini.
Dalam pertemuan ini membincangkan mengenai perkembangan semasa di Palestin serta usaha berterusan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Palestin.
Malaysia kekal teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut kebebasan, keadilan dan pengiktirafan penuh sebagai sebuah negara berdaulat. Kita juga terus komited memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan kepada saudara-saudara kita di Gaza.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79