UMNO Raikan Anak Yatim, Iftar Penuh Muhibbah
KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kepimpinan tertinggi UMNO hari ini meraikan anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Bertempat di Dewan Tun Razak 3, di sini, majlis tersebut bermula seawal jam 6.30 petang dengan ketibaan para tetamu dan jemputan khas termasuk anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia
KUALA LUMPUR, 12 MAC — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan ramadhan kepada anak yatim yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTCKL sebentar tadi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada jam 6.35 petang dan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya penyampaian sumbangan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz yang diraikan.
Selesai berbuka puasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta mereka yang lain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih berjemaah dan kemudiannya diikuti dengan moreh.
Antara kepimpinan tertinggi yang hadir adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut serta Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Bendahari Agung, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Datuk Seri Azalina Othman dan seluruh barisan kepimpinan yang lain.
Terdahulu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah diadakan sebelum majlis berbuka puasa pada jam 3.00 petang.
Majlis berbuka puasa UMNO Malaysia ini melibatkan para pemimpin parti bersama ahli dan ia merupakan acara tradisi yang akan diadakan saban tahun dengan matlamat untuk mengeratkan silaturahim. – UMNO Online