PAS Sekat Program Kerajaan Pusat… Politik Matang Atau Dendam?
Tindakan PAS Terengganu menghalang penggunaan masjid untuk program rasmi kerajaan pusat menimbulkan persoalan besar: Adakah PAS benar-benar mengamalkan “Politik Matang & Sejahtera,” atau hanya menjadikan slogan itu sebagai topeng untuk politik dendam dan diskriminasi?
1. PAS TAKUTKAN KEBANGKITAN UMNO & ZAHID HAMIDI?
Mengapa program FELCRA yang merupakan inisiatif kerajaan pusat untuk rakyat tiba-tiba dibatalkan di Masjid Kuala Akob?
Mengapa PAS begitu bimbang dengan kehadiran Zahid Hamidi di Terengganu, sedangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Sejak bila Terengganu menjadi negeri yang “merdeka” daripada Malaysia sehingga kerajaan pusat pun disekat daripada berkhidmat kepada rakyat?

2. HIPOKRASI PAS: “MASJID HAK KAMI, ORANG LAIN TAK BOLEH”
Dewan Muslimat PAS boleh mengadakan program di masjid tanpa masalah, tetapi kerajaan pusat disekat.
PAS mendakwa politik mereka “matang dan sejahtera,” tetapi dalam realitinya, mereka hanya mahu menggunakan masjid untuk kepentingan politik mereka sendiri.
Bagaimana dengan kakitangan awam yang dipaksa menghadiri mesyuarat dan program kerajaan negeri yang diadakan di Pejabat PAS? Kenapa itu tidak menjadi isu?
3. MENYERANG KAKITANGAN AWAM: TAK PROFESIONAL & TAK BERADAB
Kakitangan awam yang hanya menjalankan tugas mereka diserang hanya kerana menghadiri mesyuarat penyelarasan program rasmi kerajaan pusat.
YDP MAIDAM, yang dilantik atas perkenan Tuanku Sultan Terengganu, turut diserang. Adakah PAS cuba menyatakan bahawa Sultan juga dipengaruhi oleh UMNO?
Tindakan ini hanya menunjukkan bahawa PAS semakin terdesak dan takut dengan bayangan sendiri.
4. PAS MAKIN DIBENCI RAKYAT, KELEMAHAN MEREKA SEMAKIN TERDEDAH
Rakyat Terengganu semakin sedar bahawa PAS tidak mengutamakan kepentingan mereka, sebaliknya hanya mementingkan survival politik sendiri.
Jika PAS yakin mereka kuat, mengapa perlu takut dengan kehadiran pemimpin kerajaan pusat? Mengapa perlu menyekat bantuan untuk rakyat?
Apakah PAS sedar bahawa semakin lama mereka berkuasa, semakin banyak kelemahan mereka yang terbongkar?
KESIMPULAN: CUKUP-CUKUPLAH PAS MEMPERBODOHKAN RAKYAT!
Rakyat tidak bodoh. Mereka tahu siapa Zahid Hamidi, siapa kerajaan pusat, dan siapa yang benar-benar mahu membantu mereka. Jika PAS benar-benar mengamalkan politik matang dan sejahtera, mereka tidak akan menyekat program Kerajaan pusat di masjid.
PAS Jangan gunakan masjid sebagai alat politik.
PAS Jangan hipokrit.
Jika benar politik matang dan sejahtera, buktikan dengan tindakan, bukan sekadar slogan kosong!
#bilapolongberbicara
#PASsekatrakyat #MasjidBukanHakPAS #KerajaanPusatDihalang #PolitikDendam #JanganBodohkanRakyat #MatangSejahteraAtauMunafik #RakyatMakinBukaMata