Imarahkan Ramadan, Perkukuh Ukhuwah Melalui Tadarus Al-Quran – Norshida

SEGAMAT, 11 Mac – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita UMNO Johor telah menganjurkan aktiviti Tadarus Al-Quran di Masjid Buloh Kasap.

Program ini diketuai oleh Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, sebagai salah satu inisiatif menghidupkan bulan suci ini dengan ibadah dan pengisian rohani.

Ujarnya, aktiviti tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta, yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Usaha ini bukan sekadar menghayati keindahan Al-Quran, tetapi juga bertujuan memperkukuhkan ukhuwah serta menyebarkan kesedaran tentang kekuatan wanita dalam Islam.

“Kesungguhan kami sebagai wanita dalam memaknai bulan Ramadan adalah fokus utama. Kami berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai langkah mendalami Al-Quran dan memperkukuhkan hubungan sesama kita,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini serta berharap agar semangat beribadah terus berkekalan sepanjang Ramadan.

“Semoga segala usaha yang dilakukan ini diberkati dan diterima Allah SWT, serta memberi manfaat kepada seluruh komuniti setempat dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit