Sampaikan Sumbangan

KOTA TINGGI 9 Mac — Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir di Balai Raya Kg. Perpat, Kota Tinggi bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk serta Veteran ATM yang tinggal di kawasan sekitar ini.
Seramai 30 orang penerima dari kalangan penduduk Kg. Perpat, Kg. Simpang dan Kg. Hutan Lesong. Sementara seramai 15 orang Veteran ATM yang terdiri daripada Veteran berpencen, tidak berpencen dan juga pencen terbitan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit