Dr Akmal Santuni Petugas Syif Malam, Edar Juadah Sahur

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meneruskan imarah Ramadan melalui khidmat bakti menziarahi masyarakat tempatan.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada semalam berbesar hati menyantuni petugas barisan hadapan yang bertugas syif malam.

Dr Akmal berkunjung ke Balai Bomba Merlimau, Balai Polis Merlimau dan di beberapa sekolah.

Ziarah tersebut bagi memberikan juadah sahur kepada anggota bomba, polis dan pegawai keselamatan sekolah bagi memudahkan urusan kerja mereka di samping menjalani ibadah puasa.

“Kita cari abang-abang kita yang kerja syif malam tadi. Terima kasih abang-abang semua.

“Semoga burger dan kopi dapat memberikan senyuman untuk abang-abang semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kunjungan tersebut juga mendapat reaksi yang positif daripada mereka yang teruja dengan kehadiran Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri itu.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada pelayar meluahkan sokongan dengan komitmen ditunjukkan Dr Akmal, antaranya Ibrahim Mohamad yang berkata: “Saya percaya perhatian YB terhadap mereka yang kurang bernasib baik bukan untuk mengejar populariti sebaliknya timbul dari kesedaran dan hati yg iklas untuk berkongsi rezeki.”

Begitu juga Sadiah Nangin: “Huuu sejuk & sebak hati atas kepehatinan yb DdrAS Moga d murahkn rezeki d beri kesihatan y baik Aamiin… Sedap tu makan buger dg air kopi. Syukur Alhamdulillah Aamiin. Rezeki mereka² semua.” – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit