Sumbangan Kerajaan Negeri

KUANTAN 5 Mac–Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 36 orang wakil dan penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM759,682.00 di sini hari ini.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan rakyat terus terjamin khasnya buat semua penerima sumbangan.