Majlis Berbuka Puasa Dan Majlis Pemasyhuran Nama Baharu Masjid Kampung Padang Polo

PEKAN 4 Mac–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Pemasyhuran Nama Baharu Masjid Kampung Padang Polo dengan nama Masjid Tengku Ampuan Besar Fatimah Kampung Padang Polo hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.