Bina Kekuatan Bersama, Jangan Sesekali Rosakkan Parti – Dr Shamsul

LENGGONG, 2 Mac – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk  Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berpandangan UMNO harus menilai kelebihan dan kelemahan yang ada dalam usaha memastikan parti itu terus  bergerak ke depan dengan lebih cemerlang.

Menurut beliau paling utama adalah membina kekuatan parti dan apabila UMNO kuat ianya akan memberi kelebihan kepada parti berkenaan.

“Situasi sudah berubah dan keadaan sama sekali berbeza. Kita mesti menilai kelemahan dan kelebihan pada UMNO-BN bagi mempastikan BN menang pada PRU-16 nanti. Paling penting bina kekuatan parti,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Terdahulu beliau berkongsi Bengkel Pengurusan Strategik UMNO bahagian Lenggong yang dirasmikan Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Saarani Mohamad.

Dr Shamsul seterusnya menambah  untuk parti kuat dan dihormati ianya memerlukan gandingan semua pihak dan jangan sesekali merosakkan imej parti.

“Percayalah UMNO-BN akan dihormati serta digeruni apabila kuat. Namun untuk kuat ianya bergantung kepada UMNO-BN sendiri dan jangan sesekali merosakkan imej parti kerana ianya akan menyebabkan  rakyat membenci parti ,” ujarnya-UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit