Terus Istiqamah Demi Perjuangan Untuk Rakyat – Rais

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Ketua UMNO Tangga Batu, Datuk Rais Yasin menekankan beberapa perkara penting dalam usaha memastikan UMNO bahagian berkenaan terus mengorak langkah ke depan.

Dalam ucapannya  pada Majlis Ukhuwah Kasih Kepimpinan UMNO Bahagian Tangga Batu Menjelang Ramadan Al-Mubarak, beliau berharap apa yang digariskan dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Teruskan usaha menyantuni rakyat di peringkat akar umbi. Keduanya kukuhkan kebersamaan dalam parti dan elakkan perpecahan kerana apa yang penting adalah permuafakatan antara satu sama lain,” katanya.

Seterusnya tambah beliau lagi masing-masing di pelbagai peringkat kepimponan perlu  memperkemaskan gerak kerja bagi memperkukuh UMNO sebagai parti yang terus relevan.

“Majlis ini penuh bermakna dengan kehadiran  pimpinan melibatkan AJK 4 peringkat bahagian dan cawangan, sebagai tanda kebersamaan dan kesepaduan kepimpinan dalam menghadapi bulan penuh keberkatan.

“Semoga dengan semangat ukhuwah yang terjalin, kita semua terus istiqamah dalam berkhidmat kepada rakyat dan memperkukuh perjuangan UMNO,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit