ADUN Seri Menanti Fokus Kebajikan Rakyat, Gerak Kerja Di Kawasan
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi terus melakukan politik khidmat di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan.
Di sebalik kesibukkan menggalas tanggungjawab itu beliau turut sama merangka pelbagai program menfokuskan kepada kebajikan dan pembangunan di kawasan.
“Saya mengadakan Sesi Libat Urus bersama (JPKK) Kampung DUN Seri Menanti di Banchik Hall. Tujuan libat urus ini untuk memperhalusi program-program di dalam DUN Seri Menanti.
“Terdapat juga perbincangan dua hala bagi menyuarakan isu-isu berbangkit. Hal ini juga, bagi saya menggerakkan program dan gerak kerja di kawasan Seri Menanti ini persefahaman dan ikatan ukhuwah perlu dijalinkan dengan lebih erat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah dalam pada itu menekankan bahawa rakyat perlu menolak isu parti dan perlu menyokong Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik.
“Kita perlu bekerjasama untuk mencapai keharmonian sesama masyarakat tidak kira di mana jua sekali pun. Saya akan memastikan di dalam DUN Seri Menanti ini mencapai kesepakatan di antara 30 JPKK yang ada,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Muhammad Sufian dalam pada itu turut sama menyampaikan sumbangan kepada 14 buah masjid yang terdapat di dalam DUN Seri Menanti.
Sumbangan diberi berupa wang tunai, kurma serta barangan kering untuk digunakan pada moreh Ramadan yang bakal menjelma.
“Terima kasih kepada semua Pengerusi JPKK, Setiausaha JPKK serta Pengerusi Masjid yang memberikan komitmen yang penuh pada hari ini. Tidak lupa jua kepada staff Pusat Khidmat Seri Menanti yang telah menjayakan program hari ini,” ujar beliau. – UMNO Online