RM127 Ribu Sumbangan Ihya’ Ramadan Parlimen Jelebu

JELEBU, 21 Februari 2025 – Satu majlis penyerahan sumbangan Ihya’ Ramadan telah diadakan di Kompleks UMNO Jelebu, Simpang Pertang, Negeri Sembilan pagi ini.

Program yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias itu bertujuan membantu masjid dan surau di sekitar Parlimen Jelebu bagi menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata sebanyak RM127,000 telah diperuntukkan bagi tujuan ini kepada 38 buah masjid, 106 buah surau dan tiga tahfiz, sebagai satu inisiatif untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan program ibadah serta kebajikan sepanjang bulan suci Ramadan.

“Kita berharap agar sumbangan ini dapat membantu dalam menyemarakkan ibadah sepanjang Ramadan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online.

Majlis ini turut dihadiri oleh pemimpin tempatan, wakil-wakil masjid dan surau serta masyarakat setempat. Sumbangan ini dijangka akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak masjid dan surau dalam melaksanakan pelbagai program termasuk majlis berbuka puasa, solat tarawih, tazkirah, dan bantuan kepada golongan asnaf.   – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit