Bertemu Beberapa Syarikat Pembekal Pertahanan Milik Kerajaan Dari Pelbagai Negara Seperti Türkiye, Qatar Dan UAE

Emiriah Arab Bersatu 19 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersempena IDEX dan NAVDEX 2025, beliau berpeluang bertemu beberapa syarikat pembekal pertahanan milik kerajaan dari pelbagai negara seperti Türkiye, Qatar dan UAE. Pertemuan ini membuka ruang untuk meneroka kerjasama strategik yang berasaskan teknologi.
Syarikat-syarikat menawarkan, antara lain, pembangunan aset strategik secara bersama dan pemindahan kepakaran dan teknologi. Malaysia sendiri telah memulakan beberapa kerjasama yang serupa, yang mana memberi manfaat dari aspek pembangunan keupayaan tempatan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79