Shahaniza Ziarah Keluarga Mangsa Lemas, Sampaikan Pampasan Takaful Kasih Plus

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berbesar hati menziarahi keluarga mangsa lemas yang meninggal dunia tahun lalu.

Selain bertanya khabar, Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang itu pada kunjungan tersebut turut sama menyampaikan pampasan Takaful Kasih Plus kepada balu Allahyarham Cikgu Dani.

“Sebaik selesai program di ILMU Janda Baik, bergegas balik ke Chenor kerana dah berjanji dengan pihak Agro Bank untuk sama-sama menyampaikan pampasan Takaful Kasih Plus kepada balu Allahyarham Cikgu Dani yang meninggal dunia lemas di Sg Pahang pada tahun lepas.

“Allahyarham rupanya telah membeli insuran takaful Kasih Plus ini dua bulan sebelum beliau meninggal dunia tanpa pengetahuan isterinya. Beliau telah mencarum sejumlah RM108 untuk setahun,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Turut sama dalam majlis ringkas ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Amzan Abd Malek dan beberapa orang Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit