Rakyat Marang Miskin Di Bawah Pemerintahan Pas?
1. REKOD sehingga Feb 2025, 730 MISKIN TEGAR & 3,596 MISKIN MUTLAK di Daerah Marang (tidak termasuk mereka dari kawasan JPKKP Parlimen Marang dalam Daerah Kuala Terengganu).
2. Maksud MISKIN TEGAR; isi rumah yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan. Purata nilai PGKM di Malaysia ialah RM1,198 sebulan atau di Terengganu RM1,367 sebulan (untuk purata saiz isi rumah 7.5 orang). Bahasa mudahnya, mereka yang kais pagi & petang belum tentu dapat makan di hari tersebut
(kurang lebih RM300 sekepala sebulan sahaja).


3. Di kawasan ADUN Rhu Rendang Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri, 262 Miskin Tegar & 1,385 Miskin Mutlak wujud.
4. Di Marang, sekadar mengambil contoh, Kerajaan MADANI Anwar Ibrahim membantu menanggung:
(a) 5458 penerima Bantuan Bulanan JKM.
(b) 453 penerima Elaun Sara Hidup Nelayan.
5. Di Marang juga, seramai 219 penerima Bantuan Bulanan & Sara Hidup ditanggung oleh Pembayar Zakat melalui MAIDAM (baca ; bukan peruntukan dari negeri!!).
6. PUMAR memahami, bukanlah tugas yang mudah untuk menghapuskan kemiskinan. Namun kami khuatir, seolah-olah tiada langsung sebarang usaha daripada inisiatif negeri sendiri untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

– Soalan kami :
* Di kala MB bercakap soal teknologi hijau, pelaburan billion-billion, apakah visi & sasaran sebenar dalam hal kemiskinan oleh kerajaan negeri bagi tahun 2025?
* Apakah inisiatif yang telah, sedang & akan dilaksana bagi membasmi kemiskinan yang berfokus langsung untuk penyusutan golongan Miskin Tegar di Marang?
* Adakah YAB MB, YB Parlimen Abdul Hadi Awang & YB-YB ADUN Ustaz Ariffin Deraman Ustaz Mohd Nor Hamzah Ustaz Sulaiman Sulong hanya semata-mata mengharapkan kerajaan MADANI menyelesaikan kemelut kemiskinan di Marang ini?
7. Kami juga bersetuju, langkah langsung memberi ikan berbanding umpan adalah penyelesaian jangka pendek. Selaku kerajaan yang mendabik dada sebagai Kerajaan Berkebajikan, Kerajaan Sejahtera. Kami ingin melihat penyelesaian holistik dari pihak negeri berbanding menunggu bulan (lebih tepatnya MADANI) jatuh ke riba semata-mata.