Kem Kepimpinan KEM A-PLUS SIRI 1

BENTONG 17 Feb–Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Kem Kepimpinan KEM A-PLUS SIRI 1 melibatkan 400 pelajar terpilih lepasan SPM dari Cameron Highlands, Kuala Krau, Temerloh, dan Maran di sini hari ini. Kem ini bukan sekadar aktiviti biasa, tetapi satu platform untuk membina kemahiran kepimpinan, disiplin dan jati diri anak-anak muda Pahang. Turut hadir Pengerusi MARA Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki.