Penyampaian Insentif Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka

MELAKA 14 Feb–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meraikan wira dan wirawati Para SUKMA sempena Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Dato’ Azhar Haji Arshad, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka Datuk VP VP Shanmugam, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Encik Mohamad Mazlan Anis.