Mengadakan Pertemuan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kanan) dan rakan sejawatnya dari Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (kanan) dan Duta Besar Cuba ke Malaysia Florentino Batista-Gonzales, yang mewakili Prensa Latina di sebuah hotel hari ini.
MoU itu bertujuan bagi memperkukuh kerjasama dalam pertukaran berita serta kerjasama media.

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan), mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Cuba, Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla, di sebuah hotel hari ini.