Menerima Kunjungan Hormat

KUALA LUMPUR 12 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) yang baharu, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri di Wisma Pertahanan hari ini.
Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS berkuat kuasa pada 30 Januari, menggantikan Mejar Jeneral Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).