Penyerahan Bantuan Yuran Pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang

KUANTAN 12 Feb–Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Gimik Penyerahan Bantuan Yuran Pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kuantan.
Kerajaan Negeri ketika pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 telah mengumumkan bantuan khas tajaan yuran pendidikan RM250 sebulan untuk golongan B40 dengan kuota terhad di Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) di seluruh negeri.