‘Gaza Bukan Barang Dagangan Yang Boleh Dijual Beli Sesuka Hati’ – UMNO Siswa
KUALA LUMPUR, 12 Feb – UMNO Siswa menyifatkan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang hasrat untuk membeli tanah Gaza daripada Palestin sebagai tidak berasas
Mengutuk sekaras-kerasnya cadangan itu, UMNO Siswa berkata langkah tersebut sebagai menghina rakyat Palestin yang telah lama berjuang untuk hak mereka ke atas tanah air sendiri.
“Kenyataan seperti menunjukkan kolonialisme moden memperlekehkan hak asasi manusia serta kedaulatan Palestin,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, UMNO Siswa turut berharap masyarakat antarabangsa menolak sebarang cubaan untuk merampas tanah Palestin atas nama kepentingan politik atau ekonomi.
“Kami menyeru negara-negara dunia untuk terus mempertahankan hak rakyat Palestin dan memastikan keadilan ditegakkan.
“Sebarang usaha yang mencabul hak Palestin harus dikutuk dan ditentang dengan tegas.
Terdahulu, Trump pada semalam menegaskan, rakyat Palestin tidak akan memiliki hak untuk kembali ke Gaza di bawah rancangan pengambilalihan AS, yang digambarkannya sebagai “pembangunan hartanah untuk masa depan.”
Dalam petikan temu bual yang disiarkan Trump memberitahu Bret Baier dari Fox News bahawa “saya akan memilikinya” merujuk kepada Gaza. – UMNO Online