Terima Kunjungan Hormat

KUALA LUMPUR 10 Feb — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) yang baharu, Mejar Jeneral Dato’ Ts. Reizal Arif Tan Sri Ismail di Wisma Pertahanan.Beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai AKSPA bermula hari ini menggantikan Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam Hj Jaffar yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-23 bermula 31 Januari.