Sumbangan Bantuan Banjir Skuad Sayang Hingga ke Sabah

SEPANGGAR, 10 Feb – Wanita UMNO Malaysia melalui Kelab Skuad Sayang 3K telah menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada bahagian-bahagian yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Sumbangan yang disampaikan merangkumi wang tunai hasil kutipan daripada orang ramai di seluruh negara serta selimut toto yang disumbangkan oleh Pengerusi Sekretariat Tugas-Tugas Khas, Datuk Waheeda Faruz.

Majlis penyampaian bantuan ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Noraini Idris, serta ketua-ketua Wanita Bahagian yang terlibat.

Terdahulu sebelum itu, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah turut bersama dalam Retreat Wanita UMNO Sabah yang diadakan selama dua hari di sini.

“Tahniah diucapkan kepada wanita UMNO Sabah yang telah memulakan persediaan menghadapi PRN17 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Waniya UMNO Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang dan sukarelawan yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu mangsa banjir di seluruh negara. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit