Noraini Harap Retreat PRN ke-17 Jadi Dorongan Wanita UMNO Sabah Menangkan Parti

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap agar Retreat Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Wanita UMNO Negeri Sabah akan menjadi dorongan untuk mereka terus bekerja memenangkan parti.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini memaklumkan beliau telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Retreat PRN-17 Wanita UMNO Negeri Sabah pada Ahad.

“Menghadiri Majlis Perasmian Penutup Retreat PRN ke-17 Wanita UMNO Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Noraini Idris dan kepimpinan Wanita UMNO Negeri Sabah di atas penganjuran retreat ini. Semoga ianya menjadi dorongan dan semangat kepada wanita untuk bekerja bagi memenangkan parti.

“Terima kasih juga diucapkan kepada kepimpinan UMNO Negeri Sabah yang sentiasa memberi sokongan kepada Wanita UMNO dalam menganjurkan program selama dua hari satu malam ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Wanita UMNO Sabah yang sentiasa bekerja untuk memastikan PRN akan datang berjalan dengan lancar.

“Turut hadir Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Jafry Ariffin, Setiausaha UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said Keruak, Bendahari UMNO Negeri Sabah, Datuk Noraini Idris, Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah dan seluruh kepimpinan empat peringkat UMNO Negeri Sabah serta Ketua-ketua Wanita Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah.

“Tahniah sekali lagi buat Wanita UMNO Negeri Sabah yang berterusan bekerja dalam memastikan persediaan menghadapi PRN akan datang,” katanya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit