Majlis Makan Besar Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh

SIMPANG RENGGAM 10 Feb — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hadir di Majlis Makan Besar Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh bersama masyarakat Tiong Hua di Kampung Baru, Simpang Renggam. Majlis ini diserikan dengan penyerahan mock cheque kepada NGO dan sekolah, penyampaian cenderahati kaligrafi Maju Johor, serta pemberian ‘angpao’ kepada kanak-kanak sebagai tanda keceriaan dan keberkatan perayaan.