Mengadakan Pertemuan Dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat

JOHOR BAHRU 6 Feb–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Mohd Hanafiah Man bagi membincangkan usaha untuk terus memperkukukkan kerjasama dengan KEMAS di negeri ini.
Menerusi pertemuan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada lebih 1,200 pendidik masyarakat di Johor yang memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda dan memperkasa komuniti melalui pelbagai program latihan dan pembangunan kemahiran.