ADUN Kota Lakukan Ziarah Kasih Warga Emas Diuji Masalah Kesihatan
KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini terus melaksanakan politik khidmat bakti dengan menyantuni rakyat melalui program kemasyarakatan dan ziarah kasih.
Terbaharu ziarah beliau kali ini menfokuskan kepada golongan yang tidak bernasib baik khususnya mereka yang berhadapan ujian kesihatan.
Kunjungan Suhaimi tersebut bagi bertanya khabar di samping menyampaikan bantuan bagi meringankan beban kewangan waris.
“Ziarah ke rumah mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan bantu kepada yang memerlukan di di sekitar pusat daerah mengundi Kota dan Selemak.
“Insya-Allah diusahakan keperluan segera untuk kegunaan memudahkan pergerakan mereka,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Ziarah tersebut turut sama disertai oleh Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri dan Cawangan Sri Kota dan Kota Pekan.
Dalam pada itu, Suhaimi turut sama memanfaatkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan berkunjung ke rumah pemimpin-pemimpin masyarakat Tionghua.
“Warna-warni persahabatan di Tahun Baharu Cina. Saya bersama kawan-kawan ke rumah pemimpin-pemimpin masyarakat Tionghua di kawasan Kota, ziarah dan meraikan bersama Tahun Baharu Cina.
“Persahabatan merentasi kaum,” ujar beliau. – UMNO Online