KUALA LUMPUR 5 Feb – Menteri Luar Negeri merangkap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Haji Hasan menghoskan majlis makan tengah hari bagi meraikan kunjungan TYT Bakhtiyor Saidov, Menteri Luar Negeri Republik Uzbekistan bersempena lawatan rasmi TYT Shavkat Mirziyoyev, Presiden Republik Uzbekistan ke Malaysia pada keesokan harinya.