UMNO Bahagian Lahad Datu Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

LAHAD DATU, 3 Feb – Prihatin dengan musibah banjir yang melanda Sabah, UMNO Bahagian Lahad Datu tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Parlimen terbabit dengan menyalurkan bantuan berupa bakul makanan dan wang tunai.

Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul merealisasikan penyerahan bantuan ini yang telah berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Lahad Datu, di sini.

Jelasnya, UMNO sentiasa berusaha memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama ketika negeri Sabah dilanda banjir yang telah menyebabkan banyak kesulitan dan rakyat mengalami kesukaran.

“UMNO akan terus membantu sedaya yang mampu kerana kebajikan rakyat adalah keutamaan kami. Hakikatnya, UMNO dan rakyat berpisah tiada. Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir di Lahad Datu dan Sabah secara keseluruhannya,” katanya kepada UMNO Online.

Ujarnya lagi, dengan semangat kebersamaan, UMNO Bahagian Lahad Datu bertekad untuk terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 196 orang daripada 55 keluarga pagi ini, berbanding 155 orang daripada 41 keluarga, malam tadi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit