Khidmat Bakti UMNO Beaufort Diteruskan, Dari Rakyat Kepada Rakyat

KUALA PENYU, 31 Jan – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat memaklumkan bahawa bahagian terbabit sedaya upaya meneruskan khidmat bakti yang telah sebati dengan perjuangan parti, iaitu mendekati masyarakat dan menyantuni mereka.

Dalam hal ini, gerak kerja turun padang menerusi pelbagai aktiviti kebajikan dilaksana dan kali ini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

Kali ini beliau diwakili Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort Norjana Saban telah menyantuni Awang Samsudin di Kampung Tidong.

Di Menumbok pula, Jawatankuasa UMNO Bahagian, Marjuki Sidek, turut menyantuni Medah Bongsu di Kampung Seberang dan Wahap Arsat di Kampung Lambidan yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

“Khidmat UMNO Bahagian Beaufort sentiasa berjalan tanpa henti, dengan usaha untuk memastikan rakyat mendapat pembelaan, perhatian, dan bantuan yang sewajarnya.

“Tidak kira waktu dan keadaan, UMNO Bahagian Beaufort sentiasa berusaha untuk menjadi penghubung yang memastikan suara rakyat didengari dan masalah mereka mendapat perhatian sewajarnya.

“Setiap masa, parti ini terus berkhidmat dan berusaha untuk membantu memperbaiki kehidupan masyarakat, memberikan sokongan dalam segala bentuk keperluan, serta memberi perhatian khusus kepada golongan yang memerlukan,” katanya kepada UMNO Online.

Jelasnya, dengan usaha sedemikian, beliau yakin UMNO terus memperlihatkan komitmen dalam menjaga kebajikan rakyat, mempererat hubungan dengan masyarakat serta menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Dalam usaha sedemikian, Awang Aslee memaklumkan bukan hanya kegembiraan dikongsi bersama tetapi turut menyedari bahawa ada juga yang berduka.

Ini dilaksana dengan gerakan menyantuni mereka yang kehilangan ahli keluarga apabila Norjana yang mewakili Awang Aslee turut menziarahi keluarga Allahyarham Jogol Mastar di Kampung Jangkit untuk memberikan penghormatan dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang berduka.

“Dengan usaha ini, UMNO Bahagian Beaufort memperlihatkan komitmen dalam menjaga kebajikan rakyat, mempererat hubungan dengan masyarakat serta menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut,” kata Awang Aslee lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit