Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2025

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan.

Beliau yang juga Presiden UMNO menekankan bahawa tema sambutan tahun ini, ‘Wilayah Persekutuan Kita’, mengingatkan rakyat bahawa Wilayah Persekutuan adalah milik bersama yang perlu dijaga dan dimajukan.

“Sebagai pusat pentadbiran, ekonomi, dan kebudayaan negara, Wilayah Persekutuan terus berkembang dengan usaha dan kesepakatan kita semua.

“Marilah kita teruskan semangat perpaduan dan kemakmuran ini agar Wilayah Persekutuan kekal sebagai kebanggaan generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 diraikan pada 1 Feb setiap tahun. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit