Sempena Tahun Baharu Cina, Eratkan Hubungan Dan Keharmonian – Noraini

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2025 kepada seluruh masyarakat Tionghoa di negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap sambutan ini dapat mengeratkan hubungan dan keharmonian sesama mereka.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa di seluruh negara khususnya di P147 Parlimen Parit Sulong.

“Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran kepada semua.

“Keharmonian dan perpaduan dalam kemajmukan rakyat Malaysia adalah kekuatan utama kita dan Tahun Baharu Cina menjadi simbol bagaimana kepelbagaian budaya dapat diraikan bersama dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu beliau turut sama mengajak rakyat Malaysia untuk terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama demi masa depan yang lebih cerah untuk negara tercinta. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit