Kunjungan Hormat

BANGKOK 29 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, TYT Phumtham Wechayachai di Kementerian Pertahanan Thailand, Bangkok.
Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan diplomatik yang baik, sama ada secara dua hala mahupun melalui platform seperti ASEAN. Kedua-dua negara komited untuk terus memperkukuh hubungan sedia ada dan akan meneroka peluang kerjasama baharu, termasuklah dalam konteks pertahanan.