Penyerahan Projek Baiti Jannati TNB 2024

TNGGA BATU 28 Jan–Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin merasmikan Majlis Penyerahan Projek Baiti Jannati TNB 2024 bertempat di Kampung Cheng hari ini. Program ini merupakan usaha murni Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah inisiatif “Better Brighter Home” untuk membantu golongan asnaf memiliki rumah yang lebih selesa dan selamat.
Acara simbolik penyerahan kunci rumah diberikan kepada Puan Norizan binti Hassan, penerima manfaat projek ini, bersama penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf. Keprihatinan TNB melalui projek ini bukan sahaja membantu meringankan beban golongan memerlukan, tetapi juga menyemarakkan semangat kerjasama antara syarikat korporat dan masyarakat.
hari ini.