Lawatan Kerja

BANGKOK 27 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Bangkok hari ini bagi lawatan kerja rasmi selama dua hari bermula esok. Lawatan ini merupakan lawatan kerja rasmi pertama ke Thailand sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Ketibaan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi disambut oleh Thailand Deputy Permanent Secretary for Defence, Air Chief Marshal Surarit Kitchathorn, Deputy Chief of Mission, Tuan Bong Yik Jui dan Atasé Pertahanan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa.